BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 17, 2012

#1 cari pasangan

Assalamualaikum readers. sudah cari pasangan? sudah ada pasangan?
buat yang sudah ada..aku ucapkan tahniah. yang belum ada, teruskan usaha dan bersabar.

umur sudah menginjak 20-an namun tiada siapa yang hadir.
jiwa sudah terasa ingin dimanja namun tak tahu dengan siapa.
hati mahu diketuk namun tiada siapa yang sudi.

Sabar. Allah menetapkan yang terbaik buat kamu. aku turut mendoakan.
cari pasangan bukan senang macam buat makan cekelat. mungkin aku belum merasa susahnya mencari pasangan namun aku tahu. aku lihat. mungkin itu sudah cukup untuk aku merasi betapa susahnya mencari pasangan buat masa ini.  so, apa label untuk pasangan yang harus disenaraikan?? hiks

 

*aku tak suka iklan ni. bullshit! opss!
label cari pasangan.

1. wajah yang tenang.
   
Pilihlah wajah yang tenang di mata kau. serius ni. aku bukan suruh carik yang hensem. bukan suruh cari yang hitam legam. jugak bukan suruh cari yang putih melepak. tapi cukup sekadar wajah itu membuat kau rasa tenang. aman. tak tensen. oh..kalau pertama kali dah rasa tensen. inikan pulak bila gadoh. mesti rasa nak toreh2 je muka tu. HAHAHA. (kejam). wajah yang tenang tu bagai ada nur cahaya. mungkin orang lain tak nampak sebab dia bukan untuk orang lain dan mungkin memang untuk kau. siapa tahu. tapi kalau semua orang cakap wajah dia memang tenang...insyaAllah dia memang insan yang terbaek dan saat ni aku rasa cuma boleh berdoa dan berusaha yang terbaek untuk bersama die. kan??

2. yang nampak berkelakian bagi lelaki dan keperempuan bagi yang perempuan

harharhar. aku suka betol part ni. hihi..suka sebab ini pun jaminan kebahagiaan jugak. cari yang betol ori bak ang. jangan la cari yang pelik2. yang gedik2. lain macam semacam je aku tengok. kau pun mesti tak suka. jangan cari yang terlalu pelik sampai kau pun tensen. haha..susah la nak explain!

3. faham. faham. faham.

ini part palinggggggggggggg penting. perkara ni bukan sehari dua je kau boleh tau. tapi banyak perkara yang boleh kau rasa yang adakah dia betol2 faham atau sekadar nak gedik dengan kau. ni penting weh. serius. sebab keadaan semasa sentiasa berubah. macam2 boleh terjadi. cakap memang senang tapi dah memang senang kan...nak buat acane. aku ni pun..kadang2 tak mampu faham sepenuhnya. haih...kawal emosi dan faham.

ok..tiga tips je boleh? haha..nanti sambung lagi ya.
aku nak buat reports. 


pergi pasar di Kuala Kubu,
jangan lupe membeli kerang, 
dalam hati berlagu rindu,
 menunggu pulangnya cik abang sorang.

0 comments: