BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 18, 2011

Islam itu indah

Rukun islam 5 perkara

Mengucap kalimah syahadah
Mendirikan solat
Berpuasa di bulan ramadhan
Membayar zakat
Menunaikan haji

Rukun Islam pertama


Ucapan nya menjadi janji. Ikrar kepada Pencipta yang satu. Tuhan semesta sekalian alam. Bukan suatu ayat yang menjadi mainan manusia. Tetapi suatu sumpah bahawa kita hamba Allah.

“aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

Di wajibkan kita sekurang-kurangnya menyatakan janji 9 kali sehari semalam iaitu melalui solat. Kita sendiri tidak pasti kadang kala kite syirik denagn kata-kata kita sendiri. Berniat semua kerana Allah. Tapi benarkah begitu???
·         Kau kerja nak apa??? DUIT bukan??? Kalau gaji tak naik, kau marah!!! Sememangnya kau kerja BUKAN KERaNa Allah. Astagfirullah...
Melafazkan syahadah teras utama nadi keislaman kita. Sesungguh nya kita hamba yang lemah.

Rukun Islam kedua


 Solat itu tiang agama

Tak perlu kau kata kau Islam kalau solat itu  tidak kau jaga. Solat di awal waktu...bukan perkara yang mudah kau lakukan.. Semangat kau perlu kuat! Kau Islam! 
“Solat la sebagaimana aku solat.”
Rukun solat?
Syarat sah solat?
Tapi Islam itu bukan agama yang menyusahkan.  Jaga lah solat mu.

Rukun Islam ketiga

 

Berpuasa diwajibkan kepada umat Islam seluruhnya ketika tiba bulan ramadhan.
Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan segala-gala yang boleh membatalkan puasa.

Ada mata?  TAHAN
Ada telinga? TAHAN
Ada tangan? TAHAN
Ada kaki? TAHAN
Ada hati? TAHAN

Pendek kata semua yang ada di tubuh kita harus ditahan. MAMPU??? Maka baru lah kita dapat mengangkat darjat Puasa itu sendiri. InsyaAllah..

Rukun Islam keempat


Memberi hak kepada yang berhak.
Kepada 8 asnaf.
 1.       Fakir
   2.       Miskin
3.       Amil
    4.       Muallaf
  5.       Riqab
       6.       Gharimin
         7.       Fisabilillah
        8.       Ibnu sabil
Tidak kira mereka kaya, tetapi mereka wajib mendapat hak mereka atas status mereka.
Suci kan lah harta itu dengan berzakat. Sesungguhnya berzakat itu tidak akan mengurangkan hartamu..

Rukun Islam kelima




Wajib menuanaikan haji bagi yang mampu sekali seumur hidup.
Pahala solat jumaat itu sama dengan pahala menunaikan haji, tetapi orang uang menuanaikan haji mendapat pahala yang lenih banyak. KENAPA?
Sebab mereka melawat makam, melawat tempat-tempat suci dan sebagainya.

Wallahualam..

0 comments: