BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 15, 2012

orang da balik, aku bercinta dgn nota.

Assalamualaikum peeps! :)
iye..arini 16 jan. hari untuk aku jawab paper ke 6 dari 9. ngehh.. orang da mula balik. orang da kemas barang. orang da berjimba-jimba. orang da tengok wayang. orang da main boling. orang da berdating. orang da tidoo tak bangun-bangun. orang da makan kfc. orang da makan makanan. eh,

ini entry aaa..gedik sebab tak nak tak nak tak nak baca buku. mikrobiologi makanan. mikrob dalam makanan tapi ade jugak pasal mikrob dalam badan. tak paham aku. major aku pasal makanan tapi kene blaja pasal orang pulak. ngehh..biar la doktor2 je blaja pasal orang ni.. haihhh..

jam da pukul 10.04 am. aku masih menaip entry konon nak pegi exam padahaallllll... satu hape pon xready!! padahal tu korg kene sebut ikut huruf tu.. iye.. oh..aku da hilang kawan sorg. nanti aku cite pas balik exam. 

anak dara angkat baju,
wohhh seksi nya.
anak dara angkat kain,
oh, hari dah hujan.

 
hahaha.. all the best peeps.

Thursday, January 12, 2012

musim exam.

Assalamualaikum. musim peperiksaan melanda. sebenarnya aku dah sangat penat. lelah melihat buku. 9 papers kali kali. 9 subject. 9 hari aku exam. now tenaga aku makin kurang. dengan jumpa exam kimia analisis makanan yang betol2 menggugat hati dan perasaan seluruh budak2 cos aku. ya. aku belajar dalam bahasa inggeris. nota juga bahasa inggeris. tetapi cuma penerangan itu di buat dalam bahasa melayu. aku tak tipu. ye..aku tau ramai yang lecture macam ni. dan kelas yang sangat disiplin. jangan senyum. jangan minum. jangan datang lewat atau tak payah datang langsung. jangan berangan. jangan tido!!! berani kau terlelap. habis kau.. habis kau.. ini bukan berita bohong atau sandiwara. ini kisah benar. jangan berbual. jangan bersuara perkara yang kau tak patut bersuara. jangan. ya. ini kelas aku.

dan peperiksaan itu datang pada hari semalam. hari rabu jam 12 pm. di dewan gemilang. ye..dewan paling sejuk. dan dan..aku duduk di meja hadapan. meja yang paling hampir dengan prof. menggeletar aku. tak payah cakap la weh..

tepat jam 12 pm. peperiksaan bermula. senyuman meleret. perghhhhhhhhh objektif.!! pap..123 markah. aku da start cuak. asal 123??? asal?? ok fine..selak2.. ade 123 SOALAN! ye..aku da start rase di permainkan. ok..baca soalan pertama. opps! kejap.. ape tu gentian?? sudah.. soalan dalam BAHASA MELAYU!!
ye..semua dalam bahasa melayu. istilah sains juga jadi bahasa melayu. aku garu kepala. aku toleh die. die sedang godeh2 apple die. wuuuuuuuuuuuuuuuuu..tsk tsk tsk

jawab.jawab.jawab. aku toleh kiri. budak cina sebelah aku dah tongkat dagu. then, bersandar. aku jawab lagi dan jawab sampai 1 jam berlalu. tapi hampeh! berapa je aku boleh jawab dari 123 soalan tu. second round jawab. jawab lagi jawab lagi. penat otak kau. akak pengawas ni asyik depan aku je. aku tambah tensen. budak2 laki pulak asyik pegi tandas sampai aku bosan aku tengok muka-muka yang g tandas. hahaha.. sempat lagiiiiiiii.. damn! aku tertoleh die. ok..die memeluk tubuh sambil tersenyum. siyes! aku rase dipermainkan. wuwuuuuu... asal mcm ni prof!! ok..let u know..sebelum ni dalam kelas aku, die memang anti dengan budak2 cina sebab dieorg tak hormat die sampai die dok ckp..otak u ni excellent kan xpyh salin nota. let we see how many of u can pass my subject. time tu aku rasa degupan jantung mcm terhenti. aku bengang gile2 dengan budak2 cina. aduhhh!!

exam tamat jam 2 pm. kiteorg anta kertas. keluar dewan. abes semua tensen. die keluar dengan senyuman dan naek kete dan blah. wuwuuuuuuuuu.. nak nanges.

hampa kecewa. lek lagi.. lepak dulu kt kkm, makan dan mesej dengan zhariff. hahaa.. lama gak aku tak mesej2 ni.. tp tak de mcm orang baru bercinta. gatai nak mesej 24/7 kan.. ok then..mesej kejap then..pegi bilik yana. tengok album! weeeeeeee....comei..! sangat!! pastu..kuar g econsave jap. beli brg. ok..horlick takde. heran aku weh..oh ye.. beli cool blog. cendol. dan tak sedap! ape punye rasa tuu.... tak sedap tak sedap. oh..aku belanje guna kad arini. belagak macam orang kaya. padahal aku takde cash! takde weh.. betol ni..

dan..dan...aku check mata. ye.. aku da ade rabun jauh dan rabun silau. ehem. tp nanti la pakai spek. hihiiiii.. ok then..balik2 kene ujan. aku pening. balik, mandi, gayut dengan mama. pum pang pum pang.. tidoo.. bangun study jap. dan tidoooooooo..

oh ye.. selamat study korang. fb aku kene virus. ahhaa.. biarkan lah.

selamat maju jaya
selamat hari raya.

Monday, January 9, 2012

pagi yang indah, malam yang sepi.

Assalamualaikum. hepi pagi peeps! hepi bakal takde air lagi ukm. ahaha. hepi exam. hepi jawab killer papersssssss. hepi dating musim exam. hepi makan banyak. hepi tengok muvie! hepi hepi semua la!! ^^

pagi yang indah. itu permulaan hari yang baik. permulaan hari yang ceria. permulaan hari yang bahagia. permulaan moga panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah malam. ehhhhh. acane acane..

A: pagi sayang..
B: erm...pagi anje
A: heeeee
B: ^^

adakah itu pagi yang indah? insyaAllah indah. tetibe rase sweet sorang-sorang. ahaha.. now sedang menaik kan mood di pagi hari. mendengar lagu pemberian nya suatu ketika dulu. ehem. membuat aku tersenyum sebentar. korang macam mana? hepi di pagi hari? permulaan yang baik? atau kelam kelibut ada exam hari ni? hiiiii.. then. ALL THE BEST!!! gambate!!!

apa kata kita selongkar, kita kaji.. cara untuk mendapatkan hari yang indah. adoyai nye ponnnn..

1. Cari telefon tangan
ngeh...bangun pagi-pagi. telefon tangan. cari telefon tangan. tengok jam. kau da solat lom?hah!! da tengok jam.. bangun..solat subuh..baca Quran. insyaAllah kau punya itu hari akan ceria.. akan bahagia. kan kan?? sebab..kebahagiaan ni akan lebih bermakna..akan lebih dekat di jiwa apabila kita mendekatkan diri dengan yang Esa. oh ye..selepas solat, tengok la telefon tangan lagi..tengok kenangan-kenangan yang bahagia. hihiiii... betol tak? ni aku selalu buat jugak sebab hubungan jarak jauh ni dugaan tinggi. nak buat macam mana..tak kan bangun pagi-pagi nak cari muka dia. hahaa..so..bukak telefon tangan tu..baca mesej hepi-hepi. kalau tak da..erm..cari la sampai lebam!

2. Peluk bantal dulu
hihi...alaa..sebelum bangun tu..elok main peluk-peluk bantal sambil kejam mata. then, mengeliat dan senyum! yeshhhh!!! tu teknik paling comel.. dengan rambut kusut masai, kau akan kelihatan bergaya. buat gaya seksi sikit, gaya mulut itik ke..gaya nak mintak penampo pon boleh! asal ko hepi dan malu sorang-sorang. hahaha.. tak kesah tak kesah. takde orang nampak. hiiii

3. Bangun di tengahari
yang ni memang paling best. tak payah nak indah-indah di pagi hari. terus indah di tengahari. hahaha. kan? ni selalu budak-budak uni la buat. biasa la tu.. jadi burung antu. pastu indah di tengahari. bangun-bangun makan mcD! mantap! hikhikhik. tak mcD pon tutti fruti poooooonnn bole bah.. LOL!
oke-oke. mari sambung study. hiiii.. 

anak ikan anak ayam,
anak kambing masak kari,
bangun-bangun terus makan,
itulah indah bangun di tengahari.

morning peeps!!! morning mama, morning abah, morning zhariff, morning semua. morning!!!!! ^^




Sunday, January 8, 2012

kawen muda baek, bercerai awal laknat. ada bran?

assalamualaikum. hepi sunday. hepi ada air ukm. ahaks! hepi mandi, hepi basuh baju, hepi mkn guna tangan, hepi hepi. yee..hepi hepi. =..="

oh, kawen muda. seronok? kau seronok ape? ehem.


A: kau da lame kawan dengan dia kan? xde rasa nak kawen ke?
B: lame..kawen? nak kawen tapi..
A: tapi ape..
B: family, duit..blablabla
A: tapi dari kau buat dosa, baek kau nikah.
B: ... (diam)

entry khas untuk sahabat aku yang nak kawen. nak bernikah. aku tumpang gembira. memang aku jugak mahu (skema) tapi..ahh...ape pulak cite sal aku!

ye..kawan baek aku. mahu bernikah. umurnya sama dengan aku. 21.. ya..juga sedang dilamun cinta. dan mahu menamatkan zaman bujang. beza cuma dia lelaki dan aku perempuan, bukan pondan atau hape2. aku suka. ye..aku suka..bukan aku jeles!! 

dia: sya..aku nak nikah.
aku: oh..kau da pk betol2?
dia: aku nak pujuk dan yakinkan family aku yang aku da sedia.
aku: bila kau nak nikah? lepas grad?
dia: secepat mungkin. ni je jalan yang terbaek.
aku: moge itu yang terbaek. cepat2 nikah.
dia: kau penah dengar nikah khitbah?
aku: nikah gantung? aku pernah bincag dgn dia.. (fullstop)
dia: kau tak tahu kebaikan disebalik pernikahan.
aku: ....

kawan, tahniah. 
tahniah kerana kau betol2 mahu hubungan itu berakhir dengan sebuah pernikahan. aku dan kau berfikir. ya..banyak orang..menceritakan kebaikan nikah gantung. kawen  muda. kawen masa belajar. dan tak kurang ada yang bahagia namun tetap ada juga yang berduka. ya..tak salah keputusan kau.cuma jangan terburu-buru. jangan bercakap tentang kebaikan itu selagi kau tak mengalami. dan mengikut statistik, penceraian itu semakin meningkat. adakah kerana mengejar status kawen muda, bila da tak muda, bercerai. erm.

oh ye..kau yakin, kau tak kan buat isteri kau mengandung dan membuat kau kene (MESTI) teman dia dikala dia muntah2, dia morning sickness, dia sakit. kau mampu??? fikir balik.
kau cakap mengandung itu dapat elakkan. ye..mcm sepupu aku. merancang untuk tidak mengandung dengan ***************************************** ok..kau fikir la sendiri tapi dengan izin Allah, dia tetap mengandung. kau jangan main2. "KUN FAYAKUN". kau disana, dia disini. jika dia tak kuat? setakat memberi semangat dengan kata-kata. kau ingat dia kuat? jangan silap percaturan. hidup sentiasa punya pilihan.

kawen muda mengelakkan dosa. ye.aku setuju. 500%. sangat setuju tapi kalau bercerai awal? LAKNAT. ada kau fikir. oh ye..kau cakap..itu kawen kerana nafsu. ye..kawen dan nikah kerana nafsu tetapi mana pergi keindahan disebalik pernikahan yang kau cakap tu? dan kenapa org yang bernikah bertahun-tahun tetap bercerai. bukan kau cakap nikah itu indah?

kawan..jika kau kata itu jalan terbaek. kau sebenarnya belum matang. belum yakin. kata-kata kau seperti mahu menutup rasa insure kau didalam hati kau. rasa ketakutan kau terhadap kehilangan diri nya. sedangkan kau tahu kau bukan siapa-siapa yang mahu melawan takdir. 

dia: aku tga istikharah sya
aku: bincag dgn dia. kau bukan nak kawen dgn diri kau sendiri.
dia: lepas2 aku istikharah aku bincang.
aku: okey!

kawan..bukan aku menolak pernikahan muda. bukan aku menolak jika jodoh aku awal. bukan juga aku benci melihat kau berbahagia cuma aku mahu kau berbahagia hingga ke syurga. kawan, fikir betol2. kau punya keluarga, kau jugak kawen dengan manusia. manusia itu juga penya keluarga. fikir betol-betol. 

aku diam. aku juga berfikir sejenak. berkahwin indah dan tak juga indah. jika kau bersedia untuk bahagia, kau juga bersedia untuk berduka. bersedia untuk di uji. ya. kuatkan hati. kuatkan semangat.



aku serius.
bukan serius untuk berkahwin awal.
tetapi serius bahawa bercerai itu laknat.
BERSEDIA.

aku doakan kau bahagia.
kau yang bergelar kawan.
semoga dia memang sebenarnya tulang rusuk kiri kau.
yang dekat di hati.
bukan di kaki atau bukan juga di kepala.


Wednesday, January 4, 2012

kemarau masa untuk jimat pakaian. kau hadooo???

ye yee..sekarang musim kemarau sedang melanda ukm. dan memeritkan pabila berlaku dalam musim exam. oh..shit!(orang cakap, bukan aku). hahahaaa. musim kemarau oii..dengar-dengar ada binatang mati. bukan la binatang tapi haiwan. tak paham tak paham. bukan sama ke? oitt!!!

ali : weh, tu haiwan ape?
abu : tu kucing la. apa da..tu pon tak kenal. BINATANG la ko ni!!!
ali : =..=" . b**i
abu : b**i tu binatang la..BINATANG!

ok..da paham maksud haiwan dan binatang. ahak ahak...entah..aku pon kurang pasti ekceli. so..bantai je la. HAHAHA. diharap korang bukan binatang mahupun haiwan.
ok..then..musim kemarau yang tidak ditunggu-tunggu pon tiba. membuat musim menggunakan baju secara minima! yeahh! sebab tak mandi. mandi pon ala kadar asal dapat sejukkan badan. asal rasa basah. asal rasa MANDI. ye..rasa mandi dengan 4 gayung kecil air. cukup kot? hurmmm..

oh..dugaan dikala exam menjelma. dugaan dikala rasa nak beribadat lebih. dugaan dikala sakit perot dikala nebes nak g dewan exam. oh..shit.(orang cakap, bukan aku). ok..sangat menduga iman. sangat2. nak ambil wudu', aku cume boleh amek yang wajib dan cuma sekali basuhan. ye..kene sangat berhati-hati sebab lepas membasuh muka, tangan yang dianggap sebagai gayung menadah air dan tetibe kalau air yang menitis dari muka jatuh di dalam air tadahn tangan tadi, air tu menjadi suci tetapi tidak menyucikan kerana basuhan pertama itu wajib dan untuk mengambil wudu', air tersebut mestilah yang suci lagi menyucikan...memang sangat berhati-hati dan menggunakan air dengan baik.. dugaan jugak tu..tapi mengajar kita untuk menjadi lebih baik. lebih memahami Islam. sebab?? sebelum ni kita diajar membasuh anggota wudu' sebanyak 3 kali dan sekiranya air tersebut jatuh ke dalam tadahan kita yang menggunakan tangan, maka air tersebut masih suci dan menyucikan sebab basuhan yang ketiga itu tidak wajib tetapi sunat. ni ilmu masa aku pegi kuliah agama masa cuti. moga apa yang aku cakap ni betol dan kalau tak betol, tolong betolkan aku yep. :)

iye..dugaan itu datang dan pergi. ini adalah ujian awal tahun bagi pelajar ukm. sebelum ini hujan je..hujann...orang risau.. kemarau kejap orang risau. maka, belajar lah kita erti syukur. syukur pada Allah kerana menyedarkan kita kepentingan air. jadi, lepas ni, mungkin manusia ukm akan belajar untuk jaga kebersihan air. untuk tak membazir air dan untuk guna air dengan baik. nasihat untuk aku juga.

yang penting, walau air tiada..walau sebusuk mana, walau bahagia mana..jangan lupa tanggungjawab. ye..jangan keje nak membebel. oh..bercerita mungkin..tapi tak perlu merungut sampai menanges tertonggeng. cerita-cerita juz nak lepaskan perasan sebab takde air. ye..aku paham sebab aku pon tensen tak mandi. HAHAHA.

ok then..selamat menjawab exam. aku sayang korang. ye..aku juga sayang family, sayang zhariff, sayang kawan-kawan2 jugak. dan sayang AGAMA lebih..... ^^

ukm
universiti kambing2 malaya.

credit to ruzainiojek.

Tuesday, January 3, 2012

u know what ai means?

manusia..penuh dengan kelembutan, penuh dengan kasih dan sayang. kadang-kadang jiwa pon penuh dengan cinta. pewwittt. tapi haih..sepenuh-penuh cinta, belum tentu kau akan bahagia. macam aku. HAHAHA. aku tak bahagia ker?? ayoooo...ammahh. BAHAGIA. insyaAllah hingga ke syurga.

hah.
punya pakwe bahagia? heyyy..maen kasar pulak sebut-sebut pakwe. gua da la takde pakwe. panassss. hoh! ok..aku ade pakwe. oh..name die *******. double F. his father yang nak macam tu. jadilah die nama tu. kan? ehemm. oh ye..ada pakwe belum tentu bahagia oii..ingat senang nak jaga hati orang lain. oh, man.. tak sama macam aku jaga hati kucing. aku peluk kucing tu, pastu die ikot je aku g mane-mane sampai tunggu aku siap mandi. kau hadoo? ahak! ngehh..kau peluk pakwe kau? die ikot kau g mane-mane sampai tunggu ko siap mandi tak? then..thats menyampah sampai kene tunggu kau mandi. ahaha.. sangat berbeza yep.

hoh.
ada pakwe hepi selalu?? oh no!!! bukan macam kau ada kucing..hepi selalu je dengar die meoww meoww depan bilik. then, bukak pintu, usap-usap kepala kucing kau, dukong-dukong sikit buat macam beby. HAHAHA. tu aku.. kau?? oh..kalau pakwe kau? die ketuk-ketuk pintu RUMAH (bukan bilik), kau bukak pintu, then? 2 pilihan, kau akan senyum atau kau akan mengamuk macam singa tak makan. tengok..siap ada pilihan lagi yoo.. mungkin kau bukak pintu, die datang wif flowersss (jeles =..=") or mungkin kau bukak pintu, die teros mintak ampun bukan maap lagi da sebab buat kau begitu begini. owh..kalau aku, aku diam. tak kata apa-apa. kau fikir sendiri. bila da ok, aku akan cakap dengan kau tapi selame ni aku tak penah la diam tak cakap lebih dari 24 jam. *FAKTA  BUKAN FAKE

heh.
ada pakwe tempat mengadu. hiks..ni betol 100%. yeeee yeeeee...sebab aku selalu mengadu. HAHAHA. sampai die bosan n last-last tak tau nak cakap ape. (terasa orang tak tau nak cakap ape dengan aku). ahaha.. ok..tu sebab aku ada fasa tacing entah hape-hape. tak paham. tak paham. (gelek-gelek kucing). sebab bende tak paham tak paham ni tetibe ade perang sekejap. BOOOMMMM!!!! ayooo.. but die memang tempat mengadu dan bercerita dan bergadoh dan gembira dan bersedih dan bahagia juga. ^^,  tapi sentiasa ingat jugak bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. :)

huh.
pakwe pakwi, sudah makan boleh lari. KEJAM. tu kejam lol! makan duit die? ngek. kejam. mungkin aku dan die sedang blaja mengurus duit. oh ye..ada jugak duit kami. save money for your future. not. our future. tak tak..hadoiiii... ahahaha. u know what ai means...duit tu perlu. bukan bende maen-maen. huh. jangan bebankan  hubungan korang dengan masalah ni. serius ni perkara penting untuk ditolak ansur. sebab? kuar jalan-jalan guna duit. sms guna duit. makan guna duit. tgk wayang guna duit. naek ktm guna duit. so..bertolak ansur. bantu membantu. oh ye..bila da start bantu membantu ekceli hubungan tu lagi mendalam sebab kepercayaan terhadap duit dah ada. dan aku tak pernah cakap or bincang pasal duit dengan kawan lelaki aku kecuali sorang ni. alottt of money plans. and dont joke wif money for future.

hih.
okay..sekarang aku nak maen soal-soal dengan diri aku pasal pemakanan. sebab petang nanti aku pekse. (exam). yeppp..pukul telu aku arek exam. jalok ngapuro ye.


oh ye..dun ever treat ur boyfriend like ur pet. 
it doest work.