BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 4, 2012

kemarau masa untuk jimat pakaian. kau hadooo???

ye yee..sekarang musim kemarau sedang melanda ukm. dan memeritkan pabila berlaku dalam musim exam. oh..shit!(orang cakap, bukan aku). hahahaaa. musim kemarau oii..dengar-dengar ada binatang mati. bukan la binatang tapi haiwan. tak paham tak paham. bukan sama ke? oitt!!!

ali : weh, tu haiwan ape?
abu : tu kucing la. apa da..tu pon tak kenal. BINATANG la ko ni!!!
ali : =..=" . b**i
abu : b**i tu binatang la..BINATANG!

ok..da paham maksud haiwan dan binatang. ahak ahak...entah..aku pon kurang pasti ekceli. so..bantai je la. HAHAHA. diharap korang bukan binatang mahupun haiwan.
ok..then..musim kemarau yang tidak ditunggu-tunggu pon tiba. membuat musim menggunakan baju secara minima! yeahh! sebab tak mandi. mandi pon ala kadar asal dapat sejukkan badan. asal rasa basah. asal rasa MANDI. ye..rasa mandi dengan 4 gayung kecil air. cukup kot? hurmmm..

oh..dugaan dikala exam menjelma. dugaan dikala rasa nak beribadat lebih. dugaan dikala sakit perot dikala nebes nak g dewan exam. oh..shit.(orang cakap, bukan aku). ok..sangat menduga iman. sangat2. nak ambil wudu', aku cume boleh amek yang wajib dan cuma sekali basuhan. ye..kene sangat berhati-hati sebab lepas membasuh muka, tangan yang dianggap sebagai gayung menadah air dan tetibe kalau air yang menitis dari muka jatuh di dalam air tadahn tangan tadi, air tu menjadi suci tetapi tidak menyucikan kerana basuhan pertama itu wajib dan untuk mengambil wudu', air tersebut mestilah yang suci lagi menyucikan...memang sangat berhati-hati dan menggunakan air dengan baik.. dugaan jugak tu..tapi mengajar kita untuk menjadi lebih baik. lebih memahami Islam. sebab?? sebelum ni kita diajar membasuh anggota wudu' sebanyak 3 kali dan sekiranya air tersebut jatuh ke dalam tadahan kita yang menggunakan tangan, maka air tersebut masih suci dan menyucikan sebab basuhan yang ketiga itu tidak wajib tetapi sunat. ni ilmu masa aku pegi kuliah agama masa cuti. moga apa yang aku cakap ni betol dan kalau tak betol, tolong betolkan aku yep. :)

iye..dugaan itu datang dan pergi. ini adalah ujian awal tahun bagi pelajar ukm. sebelum ini hujan je..hujann...orang risau.. kemarau kejap orang risau. maka, belajar lah kita erti syukur. syukur pada Allah kerana menyedarkan kita kepentingan air. jadi, lepas ni, mungkin manusia ukm akan belajar untuk jaga kebersihan air. untuk tak membazir air dan untuk guna air dengan baik. nasihat untuk aku juga.

yang penting, walau air tiada..walau sebusuk mana, walau bahagia mana..jangan lupa tanggungjawab. ye..jangan keje nak membebel. oh..bercerita mungkin..tapi tak perlu merungut sampai menanges tertonggeng. cerita-cerita juz nak lepaskan perasan sebab takde air. ye..aku paham sebab aku pon tensen tak mandi. HAHAHA.

ok then..selamat menjawab exam. aku sayang korang. ye..aku juga sayang family, sayang zhariff, sayang kawan-kawan2 jugak. dan sayang AGAMA lebih..... ^^

ukm
universiti kambing2 malaya.

credit to ruzainiojek.

0 comments: