BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 4, 2011

solat sunat rawwatib.

puasa itu datang setiap kali tahun hijrah itu datang.
kadangkala kau tak sedar pon bulan puasa tu da datang..tup2

"maka, diisyhtiharkan esok puasa'

HAHA!! padan muke kau. yippp yippp horeeee!! PUASA!! 

PUASA

merupakan rukan ISLAM yang ke 3 selepas solat 5 waktu dan sebelum membayar zakat.

kehadiran bulan puasa ini kadangkala disalahertikan oleh sebilangan orang.oppss!!! SALAH ERTI??
yeahhh yeahhh..

 bulan puasa=pesta ibadah. 

kenape??? ishhh..banyak tanye la kau ni.. HAHA. sebab...time bulan puasa je kau beribadah. bulan lain?? kadang2 ada jugak orang yang berpuasa tapi rukun lain die tinggal. puasa tapi tak solat.puasa tapi ......................................... (tambah leee sendirii yekkk . haha)
tapi bagi yang ingin menambah baik ibadah mereka, maka bulan puasa ini boleh dijadikan sebagai bulan permulaan untuk melakukan nya. Antara perkara yang menarik perhatian aku ialah solat sunat rawwatib.

SOLAT SUNAT RAWWATIB

solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas solat fardhu  dalam erti kata lain solat sunat yang mengiringi solat fardhu.tapi haram melakukan solat sunat selepas subuh dan asar.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawwatib yang "Muakkad"
Sunat Rawwatib yang "Ghaira Muakkad".
Disamping itu Sunat Rawwatib juga terbahagi kepada 2 kategori :

Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)

Sunat Rawwatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
  2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
  3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
  1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
  2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
  3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
  4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
  5. 2 Rakaat sebelum Isyak.


dan solat sunat sebelum subuh  pada hari Jumaat adalah solat sunat yang paling mulia di sisi Allah.

Marilah berpuasa dan beramal kerana Allah...sesungguhnya kita adalah hamba yang sering melakukan kesilapan.


jum puasa!!! ^^


notabukulali : penat menunggu, kadang2... perlu berhenti jugak kan??? yes...masukkan dalam bekas kaca dan tanam dalam2 dalam tanah. 




0 comments: